Selasa, 8 Ogos 2017

AMALAN SEDEKAH

Text: Azlinawati.bt Abdullah
TAZKIRAH DI PETANG HARI
Saiyidina Uthman b. ‘Affan b. R.A, pada zamannya seorang businessman yang sangat berjaya.
Saya tertarik dengan cerita ustaz tadi,
Ustaz kata --
Pernah satu waktu, Uthman bin Affan membawa dagangan melalui 1000 unta. Jika zaman kita, ia ibarat 1000 treler yang penuh muatan untuk di dagangkan.
Ketika itu, barang-barang itu masuk ke Madinah, di mana ketika itu Madinah mengalami kemarau yang berpanjangan dan di landa kesulitan.
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan banyak yang mati. Ramai penduduk Madinah mengalami kelaparan.
Pada masa itulah, para peniaga Madinah berebut-rebut ingin membeli kembali barang-barang dagangan tersebut untuk di jual kembali kepada penduduk yang memerlukan.
Mereka menawar barang dagangan itu dengan harga tiga kali ganda daripada harga pembeliannya.
Contohnya; jika sekarang harga jual RM10, mereka sanggup beli dengan harga RM30.
Tetapi tawaran yang sangat menguntungkan itu ditolak oleh Uthman bin Affan,
“Maafkan saya,itu tidak cukup tinggi!”
Lalu peniaga itu menawarkan lagi dengan harga yang tinggi iaitu 5 kali ganda.
Tapi, jawapan Uthman bin Affan masih sama,
"Itu masih tidak cukup tinggi.Namun, tidak mengapa, sudah ada yang membeli dengan harga tinggi"
Tentu saja para peniaga itu menjadi hairan , siapa orang yang berani membeli dengan harga tinggi itu.
Mereka pun bertanya , “Wahai sahabat, siapakah orangnya yang telah membeli barang daganganmu dengan harga sangat tinggi itu?”
Uthman pun menjawab singkat ; “Allah!”.
Dengan kehairanan mereka bertanya lagi ; “Bagaimana caranya Allah memberikan keuntungan itu kepadamu?”
Jawab Uthman, “Allah menjanjikan kepadaku keuntungan tidak kurang dari 700 kali ganda, tidakkah kalian ingat janji Allah itu dalam Al-Quran?”
Lalu Uthman membacakan firman Allah SWT maksudnya :
“Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah 2:261)
Para peniaga itu bertanya lagi; “ Apakah engkau akan sedekahkan seluruh dagangan yang sangat banyak ini?”
Uthman pun menjawab ,
“Benar. Seluruhnya aku sedekahkan kepada masyarakat yang menderita kerana kesusahan yang parah ini!”
Kata ustaz, nyata sedekah itu tidak pernah memiskinkan.
kredit reni rahmat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AMALAN SEDEKAH

Text: Azlinawati.bt Abdullah TAZKIRAH DI PETANG HARI Saiyidina Uthman b. ‘Affan b. R.A, pada zamannya seorang businessman yang sang...