Selasa, 6 Mei 2014

Tentang Diri saya

Tentang diri saya

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali menulis entri di blog ini saya baru sahaja baik daripada demam panas. Alhamdulilah berkat doa daripada orang tersayang sembuh daripada demam ini dengan pantas, Syukur Ya Allah masih dapat bernafas di bumi Mu ini.

Saya merupakan ibu kepada 4 orang anak , Awfi, Aziim, Aliim dan Ammar. Awfi dan Aziim sudah bersekolah masing-masing di dalam Tahun 3 dan Tahun 1, sementara Aliim 3 1/2 tahun dan Ammar 2 1/2 tahun masih bermanja dengan mamanya di rumah.

Alhamdulilah keputusan untuk berhenti kerja setahun yang lalu di restui oleh suami tercinta. Saya bercita-cita mempunyai perniagaan saya sendiri dan dalam masa yang sama dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Walaupun penat tapi amat berbaloi, melihat mereka pulang daripada sekolah dan memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Anak-anak adalah amanah daripada Allah.s.w.t, kedua ibubapa nya kena pandai mencorakkan kehidupan mereka pada masa akan datang mengikut acuan Al-quran dan hadiths.

Ramai pihak mempertikaikan saya , kenapa mesti berhenti kerja? Tak rugi ker meninggalkan syarikat yang di kenali ramai dengan pelbagai keistimewaan yang telah di berikan? Siapa nak tanggung belanja kalau saya berhenti kerja? Boleh ker hidup bila dah berhenti kerja? Saya hanya tersenyum dengan menjawab.. Saya ada Allah s.w.t, Insya Allah saya boleh berjaya . Itu saja jawapan saya, ringkas.

Saya merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Di kalangan adik beradik dan teman-teman nama panggilan saya ialah Lina.Saya mempunyai seorang kakak dan abang. Kebanyakan anak bongsu orang cakap manja tapi  saya tidak kerana sejak kecik sudah di ajarkan supaya berdikari. Saya di lahirkan di negara bertuah Brunei Darussalam. Kenapa saya lahir di sana? Arwah bapa saya bekerja di sana sebagai guru agama. Di negara Brunei inilah  arwah bapa saya mencari rezeki selama 30 tahun untuk menyara kehidupan kami di Malaysia. Arwah bapa saya hanya balik ke Malaysia bila tiba Aidilfitri tapi yang paling menggembirakan kami anak beranak setiap kali cuti sekolah  akhir tahun kami akan terbang ke Brunei untuk meluangkan masa kami sekeluarga.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya berhijrah ke kota Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Swasta (Universiti Tun Abdul Razak) dalam jurusan Perniagan. Saya berkhidmat hampir 13 tahun di dalam bidang perkhidmatan pelanggan, bidang ini mengajar erti kesabaran dengan  melayan kerenah para pelanggan yang pelbagai ragam. Selepas itu saya memohon di bahagain sektor pentadbiran selama 2 tahun di Syarikat yang sama. Walaupun gaji dan pelbagai insentif di berikan amat menarik tapi hati saya tetap memberontak bekerja sendiri, faktor utamanya adalah untuk masa depan anak-anak. Saya mahu masa saya lebih dengan mereka dan dalam masa yang sama saya menceburkan diri dalam perniagaan.

Saya memilih perniagaan Cosway kerana ia menawarkan sebuah kedai free store yang amat menarik dan menawarkan barangan yang pelbagai mampu di miliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Pada masa yang sama saya akan berkongsi pengalaman sebagai ejen Takaful. Saya memasuki bidang Takaful kerana menyedarkan orang ramai betapa perlindungan kesihatan itu amat penting, daripada pengalaman sendiri suami saya adalah pesakit jantung. Tanpa ada Takaful plan memang perit unttuk menanggung perbelanjaan hospital. Kerjaya sebagai ejen Takaful ini pun sebagai Jihad iaitu berkongsi membantu orang ramai.

Dalam perniagaan maya ini juga saya belajar melatih diri untuk menulis dengan lebih bermutu dan kreatif.
Harapan saya semoga saya istiqomah dengan apa yang di rancang dan di berkati oleh Allah s.w.t. Insya Allah dapat mengembangkan perniagaan saya nanti dan menjalin ukhwah yang lebih rapat. Insya Allah dengan berkat doa , usaha tanpa jemu dan tawakal pada Allah. Semoga apa yang saya usahakan ini bukan sekadar untuk diri sendir malahan dapat memberi manfaat kepada orang lain . Aminn.

Selamat membaca dan salam perkenalan:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AMALAN SEDEKAH

Text: Azlinawati.bt Abdullah TAZKIRAH DI PETANG HARI Saiyidina Uthman b. ‘Affan b. R.A, pada zamannya seorang businessman yang sang...